Mangrove Activity Report (Bahasa Malaysia)

Penanaman Untuk Pemuliharaan Paya Bakau

Seramai 42 orang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), separuh terdiri daripada adalah ahli Kelab Greenpulse telah menyertai aktiviti penanaman pucuk paya bakau di Muara Sungai Likas oleh DBKK, KKWC dan Kelab Rotary KK, Sabah. Kelab Greenpulse juga telah menjemput seramai 35 pelajar SMK Bandaraya dan ahli KKRW untuk menyertai bersama dalam aktiviti yang bermakna ini.

Pada pagi 27 Februari 2010, para peserta program telah berjaya menanam sebanyak 1000 pucuk di kawasan paya bakau tersebut.Pucuk bakau dan peralatan menanam telah disediakan oleh KKWC & DBKK. Semasa aktiviti penanaman dijalankan, kerjasama antara para peserta telah terjalin.

Melalui pendedahan secara langsung kepada persekitaran ini, para peserta dapat mempelajari cara-cara penanaman pucuk pokok paya bakau dan juga memahami secara mendalam ekosistem kawasan paya bakau.

Semasa aktiviti dijalankan, kesemua peserta berasa amat teruja dan telah menikmati setiap saat program tersebut terutamanya ketika berada di dalam lumpur. Pelbagai jenis fauna seperti ketam kecil, cacing tanah, bangau dan lain-lain fauna telah dapat diperhatikan di kawasan aktiviti dijalankan.

Aktiviti tamat lebih kurang pada jam 10.30pagi. Wakil-wakil dari KKWC dan KKRF mengakhiri aktiviti tersebut dengan sesi soal jawab dan memberikan sedikit penerangan mengenai kepentingan memelihara dan memulihara kawasan paya bakau.

Pendedahan Kelab Greenpulse kepada Pelajar UMS

Program ini bukan sahaja bertujuan untuk memupuk kesedaran akan kepentingan alam sekitar, tetapi juga untuk menambahkan bilangan ahli Kelab Greenpulse.

Objektif program ini telah tercapai dan seramai 25 orang mahasiswa dan mahasiswi telah mendaftar sebagai ahki Kelab Greenpulse.

Di samping itu, kefahaman serta kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar berjaya dipupuk. Kelab Greenpulse berharap untuk menarik lebih ramai ahli pada masa akan datang melalui program-program seperti ini sekali gus menggalakkan ahlinya untuk menjadikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar sebahagian daripada hidup mereka.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: